Saturday, June 29, 2013

PROSES PEMBENTUKAN TAMADUN HWANG HO




Ø Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya.
Ø Keadaan ini telah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan awal di kawasan itu.
Ø Tapak Banpo yang berdekatan Bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
Ø Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu.
Ø Salah sebuah Bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang.
Ø Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang.
Ø Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan, khususnya perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.
Ø Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

No comments:

Post a Comment