Saturday, June 29, 2013

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

Ø  Dari segi politik,tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno.
Ø  Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Ø  Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Ø  Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja(maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.
Ø  Dalam aspek ekonomi pula,banyak sumbangan telah dicapai.Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan.
Ø  Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang,pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
Ø  Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
Ø  Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
Ø  Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
Ø  Selain itu,pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
Ø  Pada zaman ini juga petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Ø  Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mela menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
Ø  Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya.
Ø  Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
Ø  Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
Ø  Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
Ø  Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.
Ø  Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
Ø  Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
Ø  Misalnya,unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan,duit kertas,dan barangan perhiasan.
Ø  Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Ø  Semasa pemerintahan Shang,sistem kalendar telah diperkenalkan,iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Ø  Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Ø  Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktivita harian seperti upacara perkahwinan,pemburuan ataupun pengkebumian.
Ø  Selain itu,terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini,iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
Ø  Karyanya,the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Ø  Pada hari ini,falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

No comments:

Post a Comment